Friday, December 9, 2011

Makan-makan Restoren Periok, Sg. Buloh

Restoren ini terletak di pusat bandar Sg. Buloh, berhampiran dgn pasaraya The Store. Antara menu yang paling popular di sini ialah Nasi Beriani Batu Pahat. Nasi beriani di sini mmg best. tetapi yang paling saya suka ialah NASI AMBENG. Nasi Ambeng di restoren ini amat sedap. Di hidang dalam pinggan yang besar dan banyak. tak terlarat nak habiskan seorang diri. So, sesapa yg terasa nak makan nasi ambeng kat sini, boleh kongsi satu pinggan 2 org makan......

 Nasi Beriani Ayam Kampung Goreng Berempah

Nasi Beriani Gam Daging

Nasi Ambeng kesukaanku, tapi tak larat habis...byk sgt....

Lokasi : Pusat Bdr Sungai Buloh
Masakan : Amat memuaskan
Harga : Berpatutan....

Cuti-cuti Pulau Pangkor

Pulau Pangkor....satu destinasi percutian yang popular. Saya berkesempatan bercuti di pulau ini pada penghujung tahun 2009. Dah lama dah. Tapi di sini, saya ingin kongsikan serba sedikit keistimewaan percutian ini. semoga dapat memberi info berguna kepada mereka yang belum pernah ke sini. 


seharian bermain di tepi pantai....

Kota Belanda...berhadapan dgn kota belanda ini, ada warung roti canai yang sangat best....



Kulit Dhob...kat sini ada org jual minyak dhob..

 kami sempat masak ketam bakar dan makan di tepi pantai ni. mmg best ssgt. ketam tu dibeli hidup2 di pasar kat perkampungan nelayan di pulau pangkor. mmg fresh sgt2, krn masa beli, ketam tu masih hidup dan tak diletakkan dlm ais pun. harganya pun amat murah....

main pasir, mandi laut sampai penat.....

Thursday, December 8, 2011

Aroma Ikan Bakar Jeram

Ini adalah salah satu tempat makan yang best, terutama kepada pengemar ikan bakar atau seafood bakar. kira terbaiiik lah ikan bakar kat sini.


Udang masak sweet sour

Bahagian luar restoren


kerapu masam manis



Pari bakar..


Sotong Goreng Tepung

Lokasi : Pantai Jeram, Kuala Selangor
Masakan :  amat memuaskan
service :  ok, tapi kalau mlm minggu ramai la....
Harga : Boleh tahan....

Restoren Tasik Raban, Kuala Kangsar, Perak

Restoren Tasik Raban merupakan satu restoren yang menawarkan pelbagai menu nasi campur. dan yang paling best ialah ikan bakar tasik raban.



Ikan bakar di sini amat sedap. saya mnegesyorkan kepada sesapa yang nak merasakan kelainan masakan Ikan bakarnya, silalah berkunjung  sini.

Restoren Warisan, Kuala Pilah, N9

dlm perjalanan pulang dari Kuala Rompin ke KL, Kami ternampak satu restoren yg unik rekabentuknya iaitu Restoren Warisan. Restoren ini terletak di Kuala Pilah, N9.

Di hadapan restoren ini terdapat kawasan sawah padi yang terbentang luas menjadikan suasana di restoren ini amat mendamaikan dan sejuk mata memandang.


Antara menu yang terdapat disini, sudah semestinya adalah masakan Negeri Sembilan. antaranya Ikan keli masa lemak cili api, Daging salai Masak lemak Cili Api dan macam2 lagi...tapi sayang waktu kami singgah disini, masak lemak cili api dah habis. frust sungguh rasanya.....


andai berkesempatan saya akan datang lagi ke Restoren ini, kerana menu yang disediakan amat memuaskan....

Percutian Di Rompin, Pahang

Salam semua....disini, saya ini berkongsi cerita dan pengalaman semasa bercuti di Rompin pahang. Ini percutian yang dah lama, feb 2010 sempena cuti raya cina. Mulanya bercadang nak ketempat lain, last-last ada kwn kata kat Rompin best, so kami memilih rompin.  Antara yg sempat dirakam disini....



 masa kami datang kat sini, pantainya sedang ditambak, so frust juga sbb tak boleh nak mandi. setakat mandi swimming pool je lah....mungkin sekrg keadaannya lebih baik...
kami menginap di Summerset Hotel & Villa. Hotelnya kira ok lah, yang penting ada swimming pool ....hotel ini berkonsepkan ala2 Red Indian.....


Pages