Cuti bulan Disember yang lalu, saya berkesempatan bercuti bersama keluarga di Pulau Pinang.....Bila ke Pulau Pinang, tempat yang menjadi tumpuan mestilah di kawasan pantai Batu Frenghi .Kami mengambil keputusan untuk menginap di Bayview Beach Resort. Percutian kali ini hanya 3 hari 2 malam sahaja....
Daftar masuk dulu........
Deluxe Room Side Seaview........
Penang Butterfly Farm
aktiviti pertama ialah mengisi perut yang dah berbunyi. Kami mencari beberapa kedai makan area batu Frenghi utk makan tengahari. Akhirnya ternmpk satu kedai berhampiran tepian pantai, nmpk macam meriah dan org pun ramai. Tapi sayang sgt makanan di sini kurang sedap sikit. Tapi perut dah lapar, makan je lah....
seterusnya, kami ke Penang Butterfly Farm.....sampai di sini lebih kurang pukul 2 petang. So, Keadaannya amat panas. Beli tiked dulu. Rasanya RM17.00 dewasa. (tak berapa ingat, coz hubby yg bayar)..Terus masuk ke dalam. Anak-anak yang paling excited nak tengok rama-rama. Kawasan taman yang ada rama2 berterbangan itu agak panas, dan kebetulan orang pulak ramai. My son dah mula bising-bising. maklumlah tak tahan panas. So, kami pun terpaksa keluar. ingatkan taman rerama ni hanya itu aje, rupa2nya ada banyak lagi kawasan yang boleh dilawati kat Penang Butterfly Farm ini. Antara yang sempat di snap kat sini....
Kami masuk pula ke bahagaian dalam bangunan yang menempatkan rama-rama kering, kumbang, mentadak, belangkas, labah2 dan macam2 serengga lagi. tempatnya sejuk, ada air cond, so my boy tak lagi merunggut2 kepanasan....
ini antara yg sempat snap kat bahagian dalam.......
sebenarnya ada byk lagi gmbr-gmbr kat sini........bersambung lagi di part II pulak ya....