Thursday, June 14, 2012

Avillion Admiral Cove, PD

Cuti sekolah Jun 2012 lalu, kami hanya sempat bercuti di Port Dickson sahaja. plan asalnya nak ke Johor. tapi memikirkan nak drive pun jauh jugak. so, pegi yg dekat-dekat je lah....pilih punya pilih, akhirnya kami menginap di hotel Avillion Admiral Cove (terpengaruh dgn catatan blogger2 yg pernah dtg kat sini...). kali ni percutian kami selama 3hari 2mlm.....

sebelum cite pnjng, jom layan dulu gmbr2 sekitar Avillion Admiral Cove....

 haaaa....dah nmpk pintu gerbang 'selamat datang ke port dickson'.....

kami memilih bilik Executive Studio side seaview....mmg luas..mengadap laut dan kolam...



view dari balkoni bilik.....air laut ni mmg warna hijau...ini merupakan tempat laluan kapal2 yg akan singgah di sini....







Hotel ini mempunyai private beach. Tapi aku rasa tak private mana pun, coz pantainya bersambung dgn pantai2 di belakang Hotel Selesa dan beberapa hotel lain lagi...org pun ramai....tapi ok lah utk anak2 mandi  manda....








Setakat ini sahaja coret coret percutianku.....antara kesimpulan yg boleh dibuat(skala 1-5 )
bilik...////
service ..///
restoren dan makanan ...//
view dan persekitaran .../////
keseluruhannya...///

harapan saya, semoga pihak pengurusan hotel ini meningkatkan prestasi dalam perkhidmatan mereka, dan memperbaiki beberapa lagi kelemahan yg terdapat di sini.

Friday, June 8, 2012

Ayob Cafe @ restoren STEAK...

bagi sesiapa yg sedang tercari-cari restoren steak yg best, saya cadangkan anda kunjungi restoren Ayob Cafe yang terletak di seksyen 7 Kota Damansara. Restoren ini sebenarnya adalah rumah teres yg diubah menjadi sebuah restoren. apa yg menariknya di sini ialah dekorasi restoren ini yg diubah seolah-olah sebuah rumah lama yg lengkap dgn perabot dan barang-barang lama. anda boleh memilih utk duduk di meja makan atau duduk bersila, malah boleh juga duduk diatas pangkin macam makan di rumah. Jom, layan dulu gambar2 yg sempat saya shoot......

 semua pelanggan yg masuk dan duduk disini akan diberi sekeping roti dn butter terlebih dahulu, mungkin sebagai alas perut sementara menanti menu yg dioder siap.




antara barang2 antik yg terdapat disini....






pelbagai pilihan steak ada disini. datanglah dan anda pasti berpuashati. kalau mlm minggu restoren ini penuh dan service oder sedikit lama....so, jgn dtg malam minggu ya...

Pages