Monday, December 10, 2012

grand lexis PD, part I

Salam semua.......

" SAVE FOR GAZA"...Selamatkan ummat Islam...

Lama sangat rasanya ku tak menulis di blog ni. kadang2 rasa malas sgt. di tambah dengan kerja2ku yg tak habis2....hari ni, tetiba rajin pulak nak menulis...
cuti sekolah bermula lagi. Ibubapa mcm aku mulalah jadi pening memikirkan kemana nak bawa anak2 pergi bercuti. hari tu ku dah buat perjanjian dengan anak2, kalau cemerlang dlm exam, ummi bawa bercuti kat tempat best....so, anak2 dah menunaikan janji mereka dan kedua2 anakku berjaya cemerlang dlm exam akhir tahun baru2 ni. kini, giliran ibubapa pula menunaikan janji....hihihi
dua tiga hari juga ku layan blog dan web tentang tempat percutian yang best. pilihan pertamaku ialah KRABI,THAILAND. so, bermulalah tugasan aku mengumpul maklumat tentang Krabi...hatiku dah tetapkan nak gi Krabi. tapi bila memikirkan banyak cabaran dan dugaan nak treval dengan membawa anak2 kecil macam ku, nak jelajah pulau lagi. tak berapa sesuai lah pulak. terpaksa batalkan hasrat itu. so, ku cari lah tempat yg dekat tapi best utk anak2....akhirnya kami memilih GRAND LEXIS PORT DICKSON sahaja...pemilihan hotel ini dibuat kerana inilah satu satunya hotel yang menawarkan kolam renang dalam bilik...

pintu masuk ke grand lexis.....ikut je jalan ni, akan terus sampai ke lobi hotel...jgn tersalah lorong ya...
dan, jgn tersalah hotel coz ada dua jenis hotel iaitu GRAND LEXIS dan satu lagi LEXIS HOTEL. yang ada private swimming pool ialah Grand Lexis....

nampak tak 2 bangunan tu...satu Lexis dan satu lagi Grand Lexis.........sila buat pemilihan yang tepat ya...

kami memilih bilik Premium Pool Villa Above The Sea....so biliknya jauh sikit. nak ke bilik ini kami perlu menaiki kenderaan khas yang disediakan oleh pihak hotel. kereta ini di panggil Buggy...

ok jom kita tengok bilik dia.....

 dua katil king saiz....


ada berus dan sabun utk basuh pinggan...jarang ku jumpa hotel yg bagi berus basuh pinggan...



inilah glass panel yang ada diruang tengah, membolehkan kita melihat air laut dan ikan di bawahnya. tapi sayang masa kami datang, keaadan airnya amat keruh dan berlumpur. mmg tak nampak apa2..yg nmpk hanya sampah sarap dan lumpur sahaja....


inilah pool dalam bilik tu....mmg besar. atasnya ada siling separuh...depannya ada dinding..kira nya susah juga org nak nampak kita tengah mandi. waktu hujan pun anak2 masih boleh mandi sbb ada atap...
Jenis pool dalam bilik ni ada dua : ..satunya ada yang terbuka dan takde dinding...kiranya kalau org tengok memang boleh nmpk kita mandi. dan satu lagi yg jenis kami ambik...kalau org nak tengok, dia kena 'berusaha lebih' lah nak mengedapnya...kiranya yg ini lebih privasi....padanlah dengan harga...hihi




senarai harga makanan dari Restoren Duyung....kami oder makan kat bilik je malam tu...masakannya memang sedap...puas hati wlaupun mahal. tapi sebenarnya ini standard harga makan kat hotel lah kan...tambah kalau hotel  5 star....





ini ialah kad bilik....kad ini hanya sentuh je kat pintu ....macam kad tauch n go....




budak-budak yang seronok dapat bercuti.......

Pages