Sunday, October 6, 2013

ECO PARK BUKIT MERAH

Sobaha Khair....
apa kabar semua.....
ni masa rajin ni, saya nak sambung lagi entri kat bukit merah hari tu....
untuk sesapa yg belum pernah datang ke sini....kat sini juga ada kawasan yang boleh tengok binatang..mmg anak2 sgt seronok...jom kita ke Eco park pula....

hari kedua di bukit merah laketown resort

 kita makan dulu sebelum nak berjalan-jalan....breakfast free..hihi


berhampiran tempat makan adalah jeti untuk ke Pulau Orang Utan. kami tak ambil pakej ke pulau ini...



food court juga ada disediakan di sini. ada boleh membeli apa-apa sahaja makanan. tetapi di sini tidak menggunakan duit atau cash tetapi menggunakan kupon. kupon boleh di beli di kaunter yg disediakan di situ...
ABC kat sini sedap.( tapi tak power lah)...kira ok...cukup rasa...


ini dah sampai kat Eco Park...anak-anak sibuk nak bagi makan kat haiwan dalam tu. kita boleh membeli paket paket makanan yg telah disediakan di pintu masuk. rm5 sebungkus....












kami turun dari Eco park naik carlift...best juga...tapi gayat. dan yg paling ku takut...takut putus..hihi..maklumlahlah terlebih kilo..





Bukit Merah Laketown Resort part 2

assalamualaikum.................................
kali ni saya nak sambung entri yang lps. kita masuk ke part 2 pula...kali ni saya nak ceritakan apa yang menariknya di Taman Tema bukit merah...


kat sini ada beberapa bahagian tpt bermandi manda. tapi memandangkan kami datang bersama anak-anak. jadi kami hanya memilih bahagian yang sesuai utk kanak-kanak je lah......




nampak tak betapa gembiranya anak-anak dapat bermain air. jangan risau krn ada di setiap tempat ada pengawalnya. keselamatan amat terjamin....namun begitu kita sebagai ibubapa perlu sentiasa mengawasi anak-anak kita....


anda boleh menyewa pelampung di sini......


 aksi Ummi dan si debab....


bahagian ini keadaan airnya agak luas dan mendatar. keaadaan seperti berada di pantai krn terdapat ombak buatan yang kuat...mmg best....


sama mcm kat pantai...siap ada pasir lagi..bolehlah bina istana pasir ya....




Thursday, October 3, 2013

BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

Assalamualaikum...
lama sungguh rasanya tak mengupdate blog ni...bukan malas, tapi tak cukup masa. bila ada masa byk pulak kerja lain yang nak dibuat...

kali ni saya nak buat review tentang BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT. kebetulan masa balik kg raya aidilfitri yg lalu, sempat pulak menyinggah kat sini. sambil bawa anak bermandi manda. ini pun masa on the way balik dari Kedah -KL......


nak masuk sini mesti ada gelang ni....

kami sampai pun hampir jam 3 petang...jadi kami mengambil keputusan utk tidur satu malam disini. so check in je lah kat BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT....

kami memilih Deluxe Room...nnt saya buat review pasal bilik ni...


biliknya cukup selesa bagi yang berkeluarga seperti ku. terdapat 1 katil king saiz dan satu katil single tetapi diletakkan tilam extra di bawah katil tersebut. jadi bila nak tidur boleh ditarik keluar dari bawah katil. 

tetapi yang menyedihkan ialah keadaan di dalam bilik dan disekitarnya seperti sedikit terbiar. terdapat daun daun kering berdekatan pintu bilik, suasana taman berdekatan bilik yg seperti tidak terjaga. dan yang paling sedih...sarung sofa kat bilik pun dah ada yg koyak, nmpk sgt seperti kurang penjagaan.....satu lagi..bellboy takde ya..jadi angkutlah beg sendiri masuk ke bilik. nasib kami dapat bilik bawah..so parking kete betul2 depan bilik, senang nak angkut brg brg...



Equatorial Cameron Highlands masa percutianku..

Salam semua yang sudi melawat blogku....kali ni  saja nak kongsi pengalaman semasa di Cameron Highlands pada Dis 2012 yang lalu. sebenarnya hampir 9 tahun tak jejak cameron Hinglands. Rupanya byk benda yng dah berubah. jom layan gambar2 dulu....

Perjalanan melalui jalan Simpang Pulai- Cameron Highlands...jalannya lebih baik dari melalui Tapah. semasa kami melalui jalan ini, hujan turun renyai-renyai , tapi perjalanan masih lagi lancar. memang ok jalan Simpang Pulau ni...


dah sampai dah Equatorial Hotel Cameron Highlands ni..ni bahagian Lobi dia...



inilah bilinya...Kami booking Deluxe Room....tapi anakku kata biliknya kecik je...









ini kat lobby...kalau sejuk bolehlah panaskan kat sini...

ini Nasi Goreng Bumbu. harganya RM38.90.....MAHALnya....lain kali kalau datang sini, baik beli makanan kat pasar malam Brichang je...mahal sgt...hotel five star pun tak mahal macam ni ( perbandingan dgn hotel Grand Lexis PD).......

semua di caj...so, bawa bekalan teh,kopi,gula sendiri ya. maklumlah tempat SEJUK, memang sedap bila bancuh hot coffee......




breakfast di Equatorial Cameron Highlands....makanannya best, tapi...tapi.....baik cari makan kat luarlah ya...lagi murah dan byk pilihan...( nampak macam berkira pula holiday kali ni ya...hihi)



pemandangan dari Deluxe Room, tingkat 13, Equatorial Cameron Highlands......

Pages