Sunday, December 15, 2013

PULAU MANUKAN & PULAU SAPI SABAH

Nak sambung entry lepas..........
inilah keindahan pulau pulau di Sabah...........

deretan bot yang menunggu mereka yang ingin ke pulau....




dalam bot untuk ke pulau...anak2 ku duduk di belakang sekali supaya terlindung sikit dari angin yg kuat. ummi dan abah duduk kat depan. kami berkongsi bot bersama satu keluarga dari Shah Alam. kenal dalam bot ni je, tapi amat mesra dan ramah, akhirnya boleh menjadi kawan sepanjang trip island hopping ini. tq Pn. Azlin dan En. Aula krn menjadi kawan kami.....semoga bertemu lagi dgn kalian....

yeeeeea...dah sampai pun kat jetty pulau Manukan...anak2 dah sibuk dah . tak sabar nak terjun laut. ummi nak bergambar kenangan pun tak sempat......




SNORKELING ..................



jernihkan air dia..............nmpk batu karang dan ikan yg berenang-renang...












inilah antara keindahan pulau manukan dan pulau sapi yang sempat di shot olehku dan suami......pantai dan air yg sgt cantik, bersih dan damai.............







Saturday, December 14, 2013

CUTI-CUTI SABAH Part 1 (Pulau Manukan & Pulau Sapi)

Assalamulaikum......
salam ketabahan untuk sahabat sahabat di Pahang, Terengganu dan Kelantan yang diuji dengan musibah banjir baru-baru ini.............

masuk je cuti sekolah semua mesti ada plan nak bercuti. maklumlah ibubapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah waktu cuti sekolah sahaja lah masa yg sesuai utk bawa mereka berjalan-jalan.....

jadi pada 28 Nov 2013 ~3 Dis 2013 yang lalu kami berkesempatan bercuti di Negeri Dibawah Bayu...inilah pengalaman pertama bagi anak-anak untuk naik flight. Teruja sungguh mereka....kami telah menggunakan perkhidmatan MAS pergi dan balik...alhamdulillah selesa...


ini gambar waktu balik ...waktu pergi malam..so gambar tak berapa clear..

ini anak lelaki ku.....cita-cita nak jadi PILOT...memang teruja sgt bila boleh naik kapal terbang...

kami sepatutnya bertolak pada jam 8.40 mlm.....tetapi disebabkan cuaca yang tidak baik, flight delay yang akhirnya penerbangan berlepas pada jam 9.55mlm. Penerbangan ke KK mengambil masa hampir 2 jam setengah menyebabkan kami sampai di KK pada jam hampir 12 lebih...mmg dah malam sangat kat Sabah ni. tetapi alhamdulillah banyak perkhidmatan teksi untuk menghantar kita ke mana-mana destinasi kita. cuma tambangnya je lah yang mahal sikit...

kami akhirnya sampai ke GAYA CENTRE KINABALU pada jam hampir 1 pagi...alhamdulillah urusan tempahan bilik sangat mudah (mmg dah dibooking awal). semua dah keletihan......tidur sekejap utk rehatkan diri bg meneruskan trip hari esok.






inilah GAYA CENTRE KINABALU....

TRIP HARI KEDUA 29 NOV 2013
Percutian ini tidak menggunakan mana-mana perkhidmatan egen tourisme....yang tourisme sendiri ada kami sendiri. semua plan trip pandai-pandai kami sendiri. pendek kata kami main TERJAH aje. tetapi sebelum ke Sabah banyak maklumat telah dikumpulkan berdasarkan pengalaman org lain. hasilnya trip kali ini berjalan lancar.

hari kedua adalah trip ISLAND HOPPING.... kami memilih PULAU MANUKAN & PULAU SAPI sahaja. pada pandangan peribadi sayalah kan....bagi yang ada anak-anak kecil macam kami..dua pulau sudah mengcukupi. ini krn anak-anak akan  mandi mandi dengan begitu excited pada  pulau pertama. pada pulau seterusnya mereka dah letih dah.....kalau sekadar nak ronda-ronda bolehlah ambil semua pulau yang dicadangkan. semua pulaunya berdekatan sahaja....

untuk ke pulau kita mesti sampai ke Jetty Jesellton Point kerana disinilah tempat bot-bot yg akan membawa kita ke pulau. sebenarnya hotel GAYA CENTRE yang kami duduk tu sgt dekat dgn Jetty Jesellton point ini . jadi kami hanya berjalan kaki sahaja utk ke sini....








 kami berjalan kaki sambil menyusuri deretan kedai-kedai ini......

 sampai aje di sini jangan risau kalau tak jumpa kaunter tiket...waktu kita masuk je kawasan jesselton ni terus ada agen-agen bot yang offer kita.  kita deal harga dulu dan dia akan bawa kita ke tempat bot berlepas. satu bot dimuatkan hampir 12 orang, jadi kalau tak cukup orang kita kena tunggu lah bagi cukup. ....senang je nak dapatkan bot ni...



 kawasan Jessellton point....ada gerai menjual pelbagai makanan....

 inilah bot yang digunakan utk Island Hopping......


ok.....next entry saya akan sambung keindahan PULAU MANUKAN dan PULAU SAPI....

Pages